Sulit
3 tahun
Pemeriksaan jantung ECG
Salam sejahtera sekiranya saya berdebar debar ketika pemeriksaan ECG adakah itu akan mempengaruhi ujian keputusan ECG saya nanti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda berdebar-debar ketika pemeriksaan ECG, keputusan ujian ECG anda akan menunjukkan degupan jantung yang cepat. Namun, keputusan menunjukkan keadaan jantung anda tidak akan dipengaruhi.
ECG adalah ujian yang dapat mengesan ukuran dan keselarasan jantung, serta fungsi dan degupan jantung. Oleh itu, kami perlu menyatukan semua data ini baru dapat mengetahui status kesihatan jantung anda.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!