Sulit
3 tahun
Masalah jantung laju dan sejuk panas
Saya perempuan berusia 20 tahun mengalami masalah jantung berdegup laju 2 hari lalu. Dan setelah jantung beransur kepada degupan normal badan pula mengalami sejuk tapi pada masa yang sama panas berpeluh. Dan ini berlaku 2 malam berturut turut sehingga menyebabkan saya susah tidur malam.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Menurut keterangan anda diatas, anda mengalami masalah jantung berdegup laju dan sukar tidur. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umumnya, masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh :
- masalah pada hidung - selesema, resdung
- alahan
- gangguan emosi
- Sangat tertekan
- Cemas dan panik
- Kesan ubat-ubatan
Akan tetapi, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Penyakit hipertiroidisme
- Mempunyai masalah jantung yang lain seperti “arrhythmia”, kecacatan jantung, serangan jantung atau pernah melaui pembedahan jantung.
- masalah pada paru-paru - COVID-19, pneumonia, asma (biasanya terjadi pada pesakit yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit asma)
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk **menghubungi doktor ** bagi mendapatkan penerangan lanjut. Bagi nasihat kesihatan jantun, dapatkan konsultasi PERCUMA secara atas talian pada link di bawah.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih