Sulit
3 tahun
Detak jantung berubah
saya lelaki berumur 27, saya ingin bertanya berkenaan detak jantung saya yang berubah semasaberdiri bacaannya sekitar 100-120 dan berubah jika saya duduk dengan bacaan 75-95 dan berubah jika saya berbaring bacaan 60-75. adakah ini normal? lebih-lebih lagi sewaktu berdiri bacaan sentiasa menunjukkan sekitar 100-120 walaupun saya tidak berlari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya perubahan detak jantung anda tidak melebihi 20 detak per minit masa anda duduk dari berdiri atau berbaring dari duduk, ia adalah normal. Selain itu, sekiranya perubahan tekanan darah anda tidak melebihi 20 mmHg, ia adalah normal.
Selain itu, detak jantung anda adalah pantas dari biasa, mungkinnya disebab oleh beberapa perkara, contohnya stress, kegelisihan, kegemukan (BMI melebihi 25), darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis, penyakit jantung iskemia, masalah saluran darah dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!