Sulit
3 tahun
Denyutan dada kiri seperti nadi
Rasa denyutan di dada kiri seperti nadi tapi berlainan tempat sehingga 5 hari masih ada…apakah tanda itu doktor…saya risau sebab dada kiri…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah denyutan di dada kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk.
- penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- penyakit jantung seperti degupan jantung tidak sekata
- gangguan emosi
Masalah denyutan dada yang berlanjut sehingga 5 hari boleh berlaku akibat masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung seperti yang dinyatakan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian PERCUMA bagi nasihat kesihatan jantung.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.