Sulit
3 tahun
Bacaan nadi normal untuk lelaki berumur 59 tahun
Ibu bapa saya adalah positif covid. Saya telah buat semakan melalui oximeter dan bacaan untuk oksigen adalah 98. Tetapi untuk nadi antara 50-55, adakah ini normal untuk lelaki berumur 59 tahun?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diberikan.
Berdasarkan keterangan di atas, anda ingin mengetahui tentang bacaan nadi normal untuk lelaki yang berumur 59 tahun. Kami akan cuba menjawab pertanyaan tersebut.
Umumnya gejala nadi yang normal pada orang dewasa dan warga tua adalah 60 hingga 100 kali per minit. Walau bagaimanapun, gejala nadi boleh berkurang pada waktu rehat.
Tambahan lagi, gejala nadi yang menurun atau kadar degupan jantung yang rendah (bradikardi) boleh berpunca dari:
- gangguan ritma jantung
- tanda-tanda gangguan tiroid atau gangguan metabolisma yang lain
- kesan sampingan dari beberapa jenis ubat-ubatan
Namun begitu gejala bradikardi yang berterusan dan tidak dirawat boleh menyebabkan gangguan yang lebih serius seperti:
- sakit dada
- gangguan tekanan darah
- gagal jantung
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor agar rawatan lanjut diberikan. Bagi nasihat perihal kesihatan jantung, dapatkan konsultasi PERCUMA secara atas talian pada link di bawah.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.