Sulit
3 tahun
Berdebar sikit, rasa nafas pendek tapi masih boleh bernafas dan letih ,adakah sebab memang keletihan atau apa ye?
Saya wanita berumur 23 tahun , harini terasa darah mcm rendah sikit . Berasa debar sedikit, nafas terasa pendek tapi masih boleh bernafas dan letih…kenapa agaknya ye?adakah mmg tk cukup rehat ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar dan sedikit sesak nafas, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang darah merah (anemia)
- Tekanan darah rendah
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Namun, gejala ini juga boleh menandakan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Penyakit lemah jantung
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor. Bagi nasihat perihal kesihatan jantung, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara PERCUMA atas talian.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih