
Sulit
4 tahun
Badan susah naik berat
Saya dalam 20an. Saya mengalami badan yang terlampau kurus dan susah naik berat badan. Apakah yang perlu saya lakukan untuk naikkan berat badan saya? Elok atau tidak sekiranya saya meminum susu gain weight seperti jenama appeton?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Melalui keterangan anda diatas kami memahami tentang kebimbangan anda. Anda kemungkinan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan berat badan secara sihat seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Dengan melakukan senarai di atas secara berterusan, anda boleh menaikkan berat badan tanpa menggunakan susu weight gain. Jika anda mempunyai persoalan lebih lanjut boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk menghubungi dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Terima kasih.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu