
Sulit
5 tahun
Benjolan di vagina sebelah kiri
saya remaja perempuan berusia 19 tahun, saya baru notice dalam 3 hari yang ada benjolan di sebelah kiri vagina saya. tepi ianya tidak berada tepat di vagina sebaliknya betul2 bawah dari pinggang sebelah kiri di tepi vagina. namun hari ini benjolan tersebut mula berasa sedikit sakit ketika bergerak. hari ini juga saya datang bulan mmg sepatutnya datang bulan tetapi selalunya haid saya diikuti dengan period pain yg agak teruk namun kali ini saya cuma rasa macam sakit perut biasa.sebelum benjolan ini muncul, kadang kadang saya ada juga merasa nyeri di kemaluan dan kegatalan. adakah perkara ini normal untuk remaja yang belum berhubungan seks atau saya perlu ke hospital? atau adakah benda ini berkaitan dengan rahim doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan genital herpes
- Kista (cyst) pada kemaluan seperti “Bartholin/Sebaceous cyst”
- Penyakit kulit sepert ekzema atau alahan dermatitis
- Penyakit seperti lichen sclerosus/planus
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.