
Sulit
4 tahun
Berdenyut di bahagian mata kiri
Hi, saya mengalami denyutan di bahagian mata kiri. Bukan di mata, tapi di bahagian antara mata dan hidung. Denyutn tidak terlalu sakit, tetapi kurang menyelesakan. Kebelakangan ni ianya kerap berlaku. Rasanya seolah olah ada sesuatu yang bergerak di bahagian mata. Saya perlukan nasihat.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak dapat menilai keadaan anda secara fizikal, sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi, namun begitu ini hanya lah keterangan am dalam hal ini, seperti:
- kekurangan vitamin
- kepenatan mata seperti selalu melihat telefon atau laptop sebab kerja
- pengambilan kafein yang terlalu banyak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.