
Sulit
4 tahun
Cara selamat untuk memanjangkan zakar
Saya lelaki berumur 30 tahun. Apakah cara yang paling selamat dan berkesan untuk memanjangkan zakar dan menghilangkan premature ejaculation? Saya ada mendengar suntikan yang boleh membantu untuk memanjangkan zakar tetapi adakah ianya selamat dan adakah kesannya kekal? Dimanakah tempat yang menawarkan perkhidmatan tersebut di Sabah?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang yang dialami anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Umumnya, ejakulasi pramatang boleh berpunca dari:
- Faktor Psikologi
- Pengalaman seksual yang awal
- Gangguan/deraan seksual
- Rasa rendah diri dengan imej badan
- Kemurungan
- Risau akan ejakulasi awal
- Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
- Faktor biologi
- Tahap hormon yang tidak normal
- Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
- Keradanagan atau jangkitan di urethra
- Mewarisi sifat
Anda mungkin di diagnosa dengan ejakulasi pramatang jika anda:
- Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
- Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
- Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Khusus untuk ejakulasi pramatang, anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan dan anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda. Begitu juga dengan pemanjangan zakar, dimana dari sudut kesihatan, setiap individu mempunyai kapasiti dan batas maksimum yang berbeza dan lazimnya kekal secara semula jadi.
Namun untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada mana-mana klinik atau hospital kerajaan yang terdekat di Sabah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah