
Anonymous
5 tahun
Demam dan sakit sendi
Saya mengalami demam,sakit sendi,cirit birit dan sakit kepala sudah 3 hari. Adakah ini perkara biasa?
Untuk pengetahuanDr, Saya sudah pergi ke klinik pada hari pertama dan Doktor di klinik tersebut mengatakan saya demam biasa.
Namun, sehingga kini sakit sendi,cirit birit dan pening kepala masih lagi tidak beransur pulih.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ibu anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Radang
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Sekian, harap membantu.