
Sulit
4 tahun
Demam, kebah, menggigil, kebah, demam semula
Doktor, saya wanita berumur 31 tahun. Hari Sabtu yang lepas, saya demam dan doktor kata tonsil saya bengkak dan merah. Saya makan antibiotik selama 3 hari. Cuma saya masih rasa belum sihat. Badan saya kadang menggigil kesejukan,kemudian kebah semula, kadang suhu naik sehingga 38.2 °c dan kemudian kebah semula. Perkara ini berulang sepanjang minggu ini. Semalam saya berjumpa doktor semula dan keputusan darah saya tidak ada tanda denggi. Doktor bagi saya antibiotik untuk 4 hari. Cuma sehingga hari ini suhu badan saya masih lagi naik tiba². Apa yang perlu saya buat? Perlukah saya berjumpa doktor semula? Atau saya habiskan sahaja antibiotic dan telan paracetamol jika suhu naik?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam adalah gejala yang umum. Bagi memerincikan punca demam anda, maklumat tambahan diperlukan seperti simptom-simptom lain. Namun begitu, mengikut keterangan anda, punca demam anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.