
Sulit
4 tahun
Demam tapi tak tau punca
Sebelum ni kalau saya demam selalu disebabkan tonsil bengkak, dan saya tiada masalah untuk kegiatan harian dan dalam 2 hari saya sudah sembuh semula. Start 2/10 saya badan rasa tidak sihat, selsema,demam, dan ada ketika saya sangat letih. Badan saya akan rasa panas pada waktu tertentu dan akan berpeluh kebah kemudiannya. Kegiatan harian saya terganggu sebab saya sakit. Perkara ini berulang banyak kali. Tetapi suhu saya range 36.5-36.8. Saya berjumpa dengan dr pada 7/10, saya pergi klinik kesihatan untuk cek darah, tiada denggi dan bakteria, semuanya normal. Pada awal 6 pagi 9/10, saya tersedar daripada tidur sebab sesak nafas. Badan saya sangat panas, hanya kaki saya sejuk dan kuku berwarna biru dan saya juga sakit kepala. Saya makan paracetamol pada ketika itu juga. Kemudian saya ke klinik kesihatan pada 8.00 pagi dimana sesak nafas saya sudah tiada. Saya berpeluh kebah, suhu 36.6, darah tinggi saya normal, dan dr cakap saya tiada masalah. Teringatkan gusi geraham saya tengah bengkak, saya fikir itu mungkin punca saya rasa tidak sihat, saya terus ke klinik pergigian kerajaan. Tapi dr gigi cakap gusi saya memang bengkak tp tiada infection dan bukan sesuatu yang serius menyebabkan saya rasa tidak sihat. Saya diberi ubat antibiotik untuk 5 hari dan dinasihatkan cek semula sekiranya saya masih rasa tidak sihat. Pulang daripada rumah saja, saya berasa panas badan semula, saya cek suhu 37.6. Apa yang patut saya buat sekiranya saya tidak dapat mencari punca yang menyebabkan saya rasa tidak sihat dan demam pada ketika waktu sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu demam. Untuk makluman anda, demam merupakan simptom daripada beribu penyakit. Maklumat yang anda berikan belum cukup untuk kami mengenalpasti punca sebenar demam yang anda alami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Demam dapat disebabkan oleh banyak perkara seperti jangkitan bakteria atau virus. Demam berulang dapat terjadi kepada individu yang mempunyai sistem pertahanan tubuh (sistem imun) yang lemah. Berikut adalah tips bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan anda:
- Makan makanan yang cukup dan sihat (kerap makan buah-buahan dan sayur-sayuran terutama yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren)
- Jaga kebersihan diri
- Tidur yang cukup
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Pada musim pandemik ini, anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam serta kerap membasuh tangan selepas menyentuh permukaan yang asing.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat simptom di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Buat masa ini anda perlu memantau diri jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan di atas. Jika anda rasa kurang sihat anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kuarantin hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala dan lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari tempat berisiko tinggi.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih