
Sulit
4 tahun
Jenis darah anak dengan mak ayah tidak sama
Sy wanita 30 an…ingin bertanya kepada doktor…sekiranya si bapa darah jenis b+ dan si ibu darah b+. Tetapi ada anak darah a+.adakah kemungkinan anak itu bukan dari benih di ayah…mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap individu mewarisi sekumpulan darah tertentu semasa kelahiran. Di dalam sel-sel darah dan antigen plasma darah, berdasarkan sifat imunogenetik ini, sistem ABO darah ditentukan. Kumpulan darah anak tidak semestinya adalah kombinasi kumpulan darah ibu bapa. Namun, jika anda ingin mengesahkan samada anak tersebut adalah anak kandung, ujian DNA merupakan ujian yang akan memberi keputusan pengesahan yang dikehendaki. Belum ada alternatif lain bagi mendapatkan pengesahan tersebut. Anda boleh merujuk kepada hospital berdekatan bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan prosedur serta lokasi yang spesifik untuk melakukan ujian tersebut berdasarkan lokasi semasa anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih