
Sulit
3 tahun
Kadar denyutan nadi
Saya berumur 20 tahun. Kadar denyutan nadi cuma sekitar 50-65 sahaja. Saya bukanlah seorang yang aktif sukan. Adakah ia normal? Dan adakah mempunyai kaitan dengan tekanan darah?

3 tahun
salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan
Untuk makluman anda, kadar denyutan jantung berbeza antara individu. Semasa anda sedang berehat, kadar denyutan nadi adalah lebih rendah manakala kadar denyutan nadi meningkat semasa anda sedang mengambil bahagian dalam aktiviti bersukan. Ketika sedang bersukan, badan akan mengepam lebih banyak darah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan termasuk otak. Berikut adalah kadar denyutan nadi normal setiap minit bagi individu yang berbeza:
Bayi sampai usia 1 tahun: 100-160 kali setiap minit
Kanak-kanak berusia 1-10 tahun: 70-120 kali setiap minit
Kanak-kanak berusia 11-17 tahun: 60-100 kali setiap minit
Golongan dewasa: 60-100 kali setiap minit
Ahli atlet: 40-60 kali setiap minit
Berdasarkan kadar denyutan nadi di atas, kadar denyutan anda termasuk dalam kategori borderline untuk orang dewasa. Saya mencadangkan agar anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan perawatan yang sesuai. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat memberikan penjelasan dan perawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor