
Sulit
5 tahun
Kafein menganggu kesuburan untuk ikhtiar zhuriat?
hai doc, betul ke amalan minuman kafein setiap hari boleh mengurangkan kesuburan/mengganggu kesuburan buat lelaki atau perempuan?
dan bagaimana untuk meningkatkan tahap kesuburan buat lelaki ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setakat ini tiada kajian yang menyatakan bahawa pengambilan kafein (dari kopi mahupun teh) dapat menganggu kesuburan. Justeru, anda tidak perlu risau mengenai hal ini.
Ketidaksuburan adalah apabila pasangan telah melakukan hubungan seksual secara regular selama setahun tanpa sebarang perlindungan atau perancangan dan masih gagal untuk hamil. Pada pasangan, ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur (pada wanita)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian (pada wanita)
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis (wanita)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Justeru, anda harus kenalpasti punca ketidaksuburan anda berdasarkan pemeriksaan dengan doktor. Selain itu, secara umum, tips mudah untuk memastikan kesuburan anda adalah dengan menjaga kesihatan:
- kawal dan kurangkan stres
- amalkan senaman yang regular
- makan makanan yang seimbang dengan semua 7 kelas makanan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.