
Sulit
4 tahun
Kelopak atas mata berdenyut
Kelopak atas mata kanan Saya sering bergerak gerak dan berdenyut sejak 2 minggu lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini. Antaranya ialah:
- Tekanan hidup ataupun stres
- Kepenatan, rehat tidak mencukupi ataupun kekurangan tidur
- Pengambilan Kafein secara berlebihan
Masalah ini boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berehat dan tidur secukupnya, bersukan secara berkala bagi mengurangkan stres dan kurangkan pengambilan kafein.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.