
Sulit
3 tahun
Kerap berasa halusinasi ketika anxienty
Hai, doktor. Sya umur 15tahun… Dan saya kerap berasa dipeluk pujuk oleh seseorang ketika anxienty… Tetapi dia tidak wujud…
Adakah itu halusinasi ketika anxienty? Adakah ia normal untuk saya?
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Halusinasi adalah gangguan persepsi yang membuat seseorang mendengar, merasa, mencium, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Pada kondisi tertentu, halusinasi dapat mengakibatkan ancaman pada diri sendiri dan orang lain.
Untuk makluman anda, berdasarkan ciri-ciri dan penyebabnya, ada beberapa jenis halusinasi yang umum terjadi, yaitu:
Halusinasi pendengaran (audio)
Halusinasi pendengaran merupakan jenis halusinasi yang menyebabkan seseorang mendengar suara-suara yang tidak didengar oleh orang lain. Suara tersebut dapat berupa arahan, percakapan, alunan muzik, atau bahkan langkah kaki seseorang.
Contohnya, seseorang seolah dapat mendengar orang lain sedang berjalan di loteng, padahal tidak ada sesiapa di sana. Keadaan ini adalah gejala yang biasa terjadi pada pesakit skizofrenia, gangguan bipolar, atau demensia.Halusinasi penglihatan (visual)
Halusinasi visual melibatkan pancaindra penglihatan, yang membuat penderitanya seolah melihat sesuatu, tetapi benda tersebut sebenarnya tidak ada. Halusinasi visual boleh berupa objek, pola visual, manusia, atau cahaya.
Contohnya, seseorang dapat melihat orang lain yang sebenarnya tidak berada di ruangan atau melihat lampu berkedip yang tidak dapat dilihat orang lain.Halusinasi bau (olfaktorik)
Halusinasi bau melibatkan pancaindera bau. Pada kondisi ini, seseorang boleh menghidu bau-bau yang wangi atau bau yang tidak sedap atau merasa bahawa tubuhnya berbau busuk, padahal sebenarnya tidak.Halusinasi sentuhan (taktil)
Halusinasi taktil atau sentuhan melibatkan sentuhan fizikal atau gerakan di tubuh. Misalnya, seseorang merasa seolah disentuh oleh orang lain, padahal tidak ada orang lain di sekitarnya.
Selain itu, seseorang dengan keadaan ini juga bisa merasa bahawa ada serangga yang sedang merayap di kulit atau dalam tubuh, atau merasa seolah ada semburan api yang membakar wajahnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri