
Sulit
4 tahun
Kes kesan melancap di usia muda
Hai doktor sy remaja yg berusia 21 tahun… Sy sejak sekolah telah ketagihan melancap… Xpi sekarang sy sudah sedar kesan melancap… Dan ingin berhenti… Apa kah… Zakar saya boleh sihat sedia kala… Xpi menggunakan apa2 produk… Adakah otot zakar sy kembali kuat seperti duluAadan aktif b

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Kegiatan onani (Masturbation) merupakan sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual dengan meraba alat sulit sehingga mencapai klimaks.Ianya memang biasa untuk melakukan aktiviti melancap pada usia yang muda ini. Namun demikian, melancap mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jadi, ianya lebih baik untuk mengetahui keburukan dan kebaikannya terlebih dahulu dan membuat keputusan dengan sendiri sama ada ingin melakukannya atau tidak.
Antara keburukan melakukan gejala onani adalah:
- Kecutan bahagian zakar.
- ‘Erectile dysfunction’.
- Ejakulasi pramatang.
- Cepat kelihatan tua.
- Kemandulan
Selain itu, perbuatan melancap boleh membawa kepada keburukan. Harus diketahui bahawa untuk berhenti ianya adalah satu proses yang mengambil masa. Maka anda harus tetap sabar dan kosisten dalam usaha anda. Antara cara yang boleh anda lakukan untuk berhenti adalah:
- Berjumpa dengan terapi- masalah seksual mungkin merupakan perkara yang sukar untuk dibincangkan dalam masyarakat kita, namun, anda harus berani mengajukan masalah ini kepada pakar terapi agar anda boleh mendapatkan bantuan yang tepat
- Menyibukkan diri anda dengan aktiviti lain yang lebih berfaedah
- Kurangkan masa bersendirian
- Pakai beberapa lapisan pakaian di malam hari agar sukar untuk anda mencapai kawasan privasi anda
- Berhenti menonton video lucah
Oleh itu,anda harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah