
Sulit
4 tahun
Ketumbit di mata tidak hilang
Sebelum ini cekenet ataupun kutu babi telah gigit di kelopak mata saya selepas itu mata saya kerap ada ketumbit di tempat yg sama, kadang kadang kecil kadang kadang besar dan sentiasa gatal, dah 2 kali saya ambil ubat gatal ubat radang dengan doctor dan dah setahun saya sentiasa pakai ubat ketumbit yang saya beli di farmasi, ada cara lain untuk saya hilangkan ketumbit ni selamanya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala ketumbit atau bahasa perubatannya hordeolum luaran yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai faktor mahupun punca, sehingga ia memerlukan pemeriksaan berkala yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan jangka pendek mahupun jangka panjang yang terbaik.
Secara umumnya, hordeolum luaran boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar mata
- Atau gangguan mata yang lain
Buat masa ini anda disarankan untuk:
- perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit
- melakukan tuaman sesuai arahan doktor
- membersihkan kelopak mata dengan cara yang betul
- menjauhkan diri dari keadaan yang memudahkan ketumbit berlaku kembali (i.e. berada di kawasan berhabuk, kotor, dll.)
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui rawatan yang lebih berkesan, pemeriksaan lanjutan dan berkala perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).