
Sulit
3 tahun
Kulit berlebihan Dan menggeleber
Saya wanita yang berusia 22 tahun,Saya ada masalah dengan kulit yang berlebihan Dan menggeleber akibat bekas dari obesity Saya.Dulu Saya seorang yang obesity yang mana Saya tak pernah merasakan perasaan ‘kurus’ dalam hidup Saya sebab Saya seorang yang berbadan besar dari kecik.Jadi sekarang ini Saya masih lagi untuk turunkan berat badan ke berat ideal Saya iaitu 55/53 kg yang mana sekarang berat Saya ialah 62/63 kg,cuma Saya berasa insecure dengan badan Saya,sebab kulit yang berlebihan Dan kulit saya makin lama Saya perasan makin menggeleber sebab badan Saya sedang mengecil.saya perlukan bantuan untuk masalah ini sebab kadang-kadang Saya ada rasa Malu Dan rasa insecure dengan diri sendiri,Saya juga ada stretch mark,jadi Saya nak tanya ada apa2 yang perlu Saya buat untuk atasi masalah,stretch mark yang dah lama,kulit yang berlebihan Dan kulit menggeleber?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda, stretch mark merupakan perkara normal bagi orang ramai. Stretch marks berlaku akibat daripada kulit terlalu regang sekali gus menyebabkan tisu fibrous kolagen hilang kerenggangan sepenuhnya. Fenomena ini diibaratkan sebagai getah yang ditarik melebihi tahap kerenggangannya. Anda boleh cuba menggunakan minyak seperti bio-oil untuk mengurangkannya.
Masalah kulit mengelebeh boleh dirawat dengan pelbagai kaedah. Antaranya:
- Pembedahan lebihan kulit
- Cream
- Urutan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.