
Sulit
4 tahun
Makanan tersekat di kerongkong/ dada
Saya nk bertanya, bagaimana untuk hilangkan makanan yang tersekat dikerongkong? pada awalnya saya makan seperti biasa dan tidak merasa apa-apa, namun beberapa jam setelah saya makan saya mula terasa seperti terdapat makanan tersekat di kerongkong (esophagus kot) sehingga ianya membuatkan saya terasa sakit kepala, berpeluh dan jantung berdegup laju. saya cuba untuk muntah tapi tidak berhasil dan yang keluar hanyalah air sahaja yang saya minum bagi menghilangkan rasa tersekat itu. Sekarang tekak saya da terasa perit dan tidak selesa. macam mana untuk saya hilangkan rasa itu dr? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Namun begitu kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah makanan tersekat tersebut. Selain makanan tersekat, terdapat beberapa keadaan di mana anda boleh mengalami masalah serupa:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang faring dan laring (laryngitis dan pharyngitis)
- Bendasing di dalam saluran pernafasan
- Jangkitan saluran pernafasan
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Disebabkan anda mengalami sakit kepala, berpeluh dan mengalami jantung yang laju, kami sarankan agar berjumpa doktor dengan segera agar pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dengan segera.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara langsung. Terima kasih.