skye98
6 tahun
Maksud tppa reactive sifilis
Apa maksudnya tppa reactive sifilis, adakah saya positif sifilis ?
5 tahun
Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda. Untuk menjawab soalan anda, tppa (Treponema pallidum particle agglutination) adalah ujian untuk mengenalpasti jangkitan sifilis. Seperti anda telah menyatakan bahawa keputusan ujian ini adalah positif untuk anda dan ini bermakna anda dijangkiti dengan jangkitan sifilis.
Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkit jangkitan ini jika anda melakukan hubungan seks yang tidak selamat, dengan beberapa orang atau dengan pesakit sifilis.
Simptom sifilis datang secara berperingkat dan ia dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama sifilis biasanya ada ulser kecil, dipanggil chancre dan ia muncul di tempat bakteria memasuki badan anda. Biasanya ia tidak sakit dan akan pulih dalam masa tiga hingga enam minggu. Pada peringkat kedua, anda akan mengalami ruam pada bahagian zakar, vagina, dubur dan akhirnya meliputi seluruh tubuh anda termasuk telapak tangan dan tapak kaki anda. Sekiranya anda tidak mendapat rawatan yang sesuai, terdapat peluang yang tinggi untuk mengalami sifilis tertiari. Pada peringkat akhir, jangkitan ini boleh merosakkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi.
Penicillin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Ia adalah penting bagi anda dan pasangan anda untuk melengkapkan antibiotik untuk mencegah jangkitan berulang. Anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan seks yang selamat atau elakkan daripada menjalani hubungan seksual untuk sementara waktu.
5 tahun
Hai, selamat sejahtera saya ucapkan. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Apabila seseorang itu disyaki mungkin terdedah kepada jangkitan sifilis, ujian akan dijalankan bagi memastikan seseorang itu dijangkiti atau tidak.
Pada peringkat pertama, seseorang yang disyaki mendapat jangkitan ini akan melalui ujian saringan dengan mengesan antibody terhadap bakteria ini. Sekiranya ujian saringan menunjukkan keputusan positif, ujian serologi menggunakan kaedah “venereal disease research laboratory (VDRL)” akan dijalankan. Sekiranya kedua-dua ujian menunjukkan keputusan reactive, maka ujian ketiga iaitu TP-PA tidak perlu dijalankan. Dan ini menunjukkan seseorang itu menghidap jangkitan sifilis yang tidak dirawat atau baru menjalani rawatan.
Seseorang yang mendapat keputusan non-reactive dalam ujian VDRL perlu melalui satu lagi ujian yang dinamakan “T pallidum particle agglutination (TP-PA)”. Selepas keputusan bagi ujian TP-PA diterima, kesimpulan sama ada pesakit dijangkiti sifilis atau tidak, ditafsirkan berdasarkan ketiga-tiga ujian yang dibuat.
Sekiranya anda adalah pesakit yang pernah dijangkita sifilis, keputusan ujian antibodi yang reactive, besama keputusn VCRL yang tidak reactive, dan ujian TP-PA yang reactive menunjukkan anda telah Berjaya dirawat untuk jangkitan sebelum ini.
Sekiranya anda tidak pernah dijangkiti sebelum ini, keputusan yang sama memerlukan anda diperiksa dengan lebih lanjut bagi memastikan status jangkitan anda.
5 tahun
Terima kasih untuk soalan anda. Saya akan cuba menjawab soalan anda sebaik mungkin.
Pertama, saya akan menerangkan tentang ujian TPPA. Ia juga dikenal sebagai Treponema pallidum particle agglutination assay (also called TPPA test). Ujian ini akan mengesan jika terdapat antibodi terhadap bakteria sifilis iaitu Treponema pallidum di dalam badan. Ujian ini menggunakan komponen darah individu dan dicampur dalam satu aduan yang mempunyai kebolehan untuk mengesan antibodi sifilis. Sekiranya terdapat antibodi di dalam badan, akan terjadi pengumpulan partikel di dalam bekas ujian.
Keadaan ini dikenali sebagai reactivie syphilis. Ini bermakna individu tersebut telah dijangkiti bakteria sifilis dan badan telah menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut. Namun, mempunyai antibodi bukan lah bermakna individu tersebut mempunyai sifilis yang aktif. Ia juga bermakna individu tersebut pernah mendapat sifilis dan mungkin telah mengambil antibiotik dan berjaya membuang bakteria sifilis dari badan. Oleh itu maklumat dari pesakit seperti maklumat diri dan pasangan, maklumat kesihatan dan maklumat tentang kelakuan seksual penting untuk menentukan sama ada individu tersebut mempunyai jangkitan sifilis yang aktif.
Sekirannya anda merasakan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor dan anda boleh berbincang dengan lebih lagi. Anda juga boleh merangka rawatan yang sesuai bersama doktor.
Sekian sahaja dari saya. Saya harap ia menjawab soalan anda dan berguna untuk rujukan anda. Selamat berjaya.