
alyaaazira
5 tahun
Masalah Mata kabur bila pakai lens
Dr…saya nak Tanya…kenapa bila saya pakai lens…baru masuk Kali kedua saya pakai lens…Mata saya jadi kabur…adakah saya x sesuai pakai lens atau lens tu dah rosak mungkin sebab saya tercalarkan dengan kuku saya waktu saya keluarkan dari bekas lens?saya konfius

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada keadaan ini boleh terjadi beberapa hal seperti:
- Anda rabun - maka penggunaan lens yang tidak mempunyai power membuatkan penglihatan kabur
- Penggunaan lens yang salah ataupun power yang tidak bersesuaian dengan power mata anda
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.