
Sulit
4 tahun
Masalah Zakar lembik
Masalahnya Bila masa bersama wife Zakar mula2 Keras lama sikit lembik Balik Ataupun tak Keras lembik je doctor tolong Bagi penyelesain saya baru umur 23 Tahun saya takut tak Blh Bagi anak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Masalah ini boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk makluman pihak tuan, bagi lelaki usia muda beberapa masalah utama yang boleh menyebabkan masalah ini adalah psikogenik, endokrin dan akibat ubatan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui rawatan bagi menyelesaikan masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah