
Sulit
3 tahun
Mata letih dan tegang
Saya seorang guru. Sejak belakangan ini, mata saya terasa seperti mengantuk sepanjang masa. Rasa seperti kelopak mata saya menjadi kuyu dan teramat berat. Mata saya terasa pedih dan otot di sekotar mata saya terasa seperti sedang menegang. Saya perasan, mata saya berkelip lebih kerap daripada biasa. Lebih teruk, ketika saya memandu, penglihatan saya kadang kala menjadi kabur. Saya menyedari perkara ini sejak beberapa hari yang lalu. Adakah ini berpunca daripada kurang pengambilan air atau terlalu penat bekerja? Saya telah mendapatkan tidur yang mencukupi namun gejala ini masih berlanjutan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya akan jelaskan dengan terperinci mengenai masalah kerap mengantuk dan puncanya. Mengantuk pada siang hari yang berlebihan bermaksud rasa mengantuk yang berterusan dan sering tidak bertenaga, walaupun mendapat tidur yang cukup pada waktu malam. Kerap mengantuk mungkin disebabkan oleh masalah gangguan tidur seperti narcolepsy, “sleep apnea” atau gangguan tidur irama sirkadian (“circadian rhythm”).
Terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.
- Tabiat tidur yang buruk
- Sindrom Prahaid
- Hiperinsomnia idiopatik"idiopathic hyperinsomnia"
- Insomnia
- Fibromyalgia
- Hypothyroidism
- Anemia
Ini adalah nasihat umum dan bukan rawatan perubatan:
- Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
- Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
- Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
- Minum teh hijau setiap pagi akan mengurangkan rasa mengantuk
- Minum air limau setiap pagi akan mencergaskan minda anda
- Makan sarapan pagi yang berkhasiat
- Bersenam setiap hari
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.