
Sulit
4 tahun
Mata sebelah kiri sering sakit
mata sebelah kiri saya kerap terasa sakit berdenyut dan terasa seperti urat mata ditarik bebola mata saya ditekan tekan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dalam bebola mata ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Glaukoma
Neuritis optik
Migrain
Iritis (keradangan pada iris)
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk kami memberi kesimpulan mengenai punca sebenar masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor perubatan am di klinik atau hospital. Hanya selepas mengetahui punca sebenar barulah rawatan dapat diberikan. Bergantung dengan hasil pemeriksaan, anda mungkin dirujuk ke doktor pakar mata.
Memandangkan temu janji di hospital kerajaan mungkin mengambil masa yang lama, anda boleh mencuba alternatif lain dengan membuat janji temu dalam talian dengan doktor pakar dari hospital swasta melalui link ini.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.