
Sulit
4 tahun
Mula2 demam panas .. kemudian kluar ulser .. selepas itu mengalami bengkak pada rahang pipi kiri kanan
sya ibu 25 thun … hmil anak ke 3 … sy dn anak berumur 2 thun … mengalami demam … kemudian mengalami ulser … anak yg 2 thun … ulser nye shingga lelagit bgian gigi depan … penuh lidah kiri kanan … dan bibir bgian luar atas bawah … sehingga sy perasan ada bau penafasan yg xmenyenangkn … adakah itu normal …? dn sy juga mengalami ulser dan terasa sakit tekak bila nk telan air liur atau minum air … dan sy perasan bgian leher dan rahang pipi kiri kanan membengkak … adakah itu tandanya benguk ? … sy da dpt kn rawatan doc kk … tp dia xjelaskn pda sy … sama ada ulser yg sy dn anak alami ni teruk ke x …? dan dia xchek pda pembegkakkn rahang pp sy … berapa lama masa untk pulikn ulser …adakah ulser anak sy normal … ? apa tnda2 ulser itu smkin pulih dan rwatan apa yg boleh d lakukan skiranya benguk …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, ulser di dalam mulut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
- hubungan seks secara oral
Manakala, pembengkakan pada rahang pula boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti kecederaan pada struktur sekitar rahang sperti otot, saraf dan tulang.
Untuk menyimpulkan rawatan yang tepat untuk anda, punca sebenar kepada masalah anda haruslah diketahui terlebih dahulu. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk mengikut arahan yang diberikan oleh doktor anda dan sekiranya masalah ulser dan pembengkakan tidak surut dalam beberapa hari, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor semula. Hal ini bagi mendapatkan kesimpulan dan rawatan yang lebih sesuai dan sempurna.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.