Anonymous
5 tahun
Najis berwarna hijau dan tidak berbau
Saya pelajar berumur 18 tahun…saya mengalami gejala ni sejak 2 hari yang lalu dan ianya tidak berbau …saya agak risau jika saya ada masalah kesihatan kerana selalunya najis akan berbau busuk…itu sahaja soalan saya…semoga doktor dapat membantu saya…terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda najis hijau biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau. Selain itu,
• Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
• Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
• Parasit dan bakteria – pathogen yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus.
Sila rujuk doktor jika anda mengalami gejala lain seperti:
- Cirit-birit
- Sakit perut
- Kencing berwarna gelap
- Kulit dan mata kekuningan
- Muntah-muntah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih