
anonymous
5 tahun
Najis berwarna hitam seperti arang
Doktor, tanda najis berwarna hitam seperti arang adalah dalam usus kita mengalami pendarahan atau gejala kanser usus ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui sekiranya najis yang berwarna hitam (seakan-akan warna arang) menandakan usus mengalami perdarahan atau berhubungkait dengan gejala kanser. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya gejala najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuk
- Penggunaan suplemen yang mengandungi zat besi yang tinggi
- Ubat-ubatan atau herba tertentu
- Rawatan radiasi
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang lebih serius serta memerlukan rawatan segera seperti:
- Perdarahan saluran pencernaan
- Komplikasi dari peptic ulcer
- Kanser perut
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar bantuan selanjutnya dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Gastroenterologist.