
Sulit
3 tahun
Palet darah meningkat
Beberapa bulan ini saya selalu ambil ujian darah di klinik kerana saya mendapati sakit kepala yang agak tegang.namun begitu setiap kali ambil darah keputusan saya adalah normal dan tiada masalah. Baru-baru ini saya lihat semula ujian darah saya mendapati peningkatan palet darah sebelum ini dari 450 naik sehingga 549. Adakah jumlah palet darah tersebut normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai bacaan platelet yang tinggi. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, platelet merupakan salah satu komponen darah putih dan berfungsi sebagai agen pembekuan darah apabila terdapat luka atau pendarahan berlaku. Bacaan julat normal platelet adalah di antara 150-450. Bacaan yang kurang daripada 150 dikenali sebagai thrombocytopenia manakala bacaan yang tinggi dikenali sebagai thrombocytosis.
Antara penyebab bacaan platelet meningkat adalah:
- Pendarahan
- Kanser
- Jangkitan
- Kekurangan zat besi
- Anemia hemolitik
Namun begitu, bacaan tersebut perlulah disokong dengan pengambilan sejarah kesihatan yang rapi dan melakukan pemeriksaan fizikal.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian dan pihak kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.