
aqilahainaa23
4 tahun
Penyakit buah pinggang
adakah susu blh diminum pada seseorng mengalami penyakit buah pinggang…
apa yg blh di mkn dn tak blh dimkn pada seseorg penyakit buah pinggang…
apa rawatan yg perlu dibuat pada seseorg ada penyakit buah pinggang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, susu tidak digalakkan untuk diminum oleh pesakit buah pinggang kerana tinggi kandungan fosforus yang boleh menyebabkan tulang rapuh dalam kalangan buah pinggang.
Makanan yang mengandungi sodium, potasium, fosforus yang tinggi. Air hanya boleh kurang dari 1 liter.
Makan makanan yang sihat dan jumlah yang tidak berlebihan.
Masalah buah pinggang boleh disebabkan pelbagai faktor:
- Darah tinggi
- Kencing Manis
- Batu Karang
- Masalah Autoimun menjejaskan buah pinggang
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.