
Sulit
5 tahun
Perempuan Onani. Adakah menyebabkan mandul?
Saya berumur 23 tahun. Perempuan belum berkahwin. Tak pernah berhubungan dengan lelaki. Saya tak tahu kenapa kadang2 datang perasaan nak onani. Saya jarang buat. Tapi kalau dah buat tu berkali2. Saya tahu salah. Tapi saya risau dgn kesihatan sy. Sbb tiba2 mcm ada lendir berdarah selpas beberapa jam. Saya nak tanya kenapa keluar darah? Dan adakah onani boleh menyebabkan mandul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan dari tisu selaput dara
Trauma atau luka
Spotting (keluar cecair coklat)
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Setakat ini, tiada kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan onani boleh menyebabakan kemandulan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.