Anonymous
3 tahun
Perubahan kelakuan penyebab sakit mental?
saya wawa umur dalam 20 tahun. saya ada seorang kawan yang mempunyai penyakit dissociative identity disorder. soalan saya dekat sini adakah dari penyakit itu boleh membawa kepada penyakit schizophrenia. dan adakah schizophrenia akan menyebabkan dia jadi kurang siuman ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, penyakit dissociative identity disorder adalah salah satu masalah personaliti dan ini adalah salah satu cabang masalah mental. Penyakit ini sememangnya mempunyai kaitan dengan schizophrenia,. Namun, anda dan masyarakat haruslah membuang stigma tentang masalah schizophrenia atau masalah mental ini sebagai kegilaan atau kurang siuman, mereka ini mengalami penyakit di dalam otak mereka yang menyebabkan mereka mendapat masalah sedemikian.
Dengan bantuan ubat-ubatan, terapi dan kaunseling, masalah ini boleh diatasi. Sokongan daripada keluarga dan rakan juga adalah penting.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami tentang masalah kesihatan dengan lebih lanjut secara percuma. Terima kasih.