
Sulit
4 tahun
Rambut semakin nipis dan jarang lama kelamaan bileh jadi botak tengah
Saya seorang lelaki berumur 23 tahun mengalami rambut yang nipis dan jarang terutamanya dia bahagian tengah rambut… Saya rasa tidak yakin apabila berjumpa dengan orang lain… Bolehkah saya menggunakan minoxidil sebagai rawatan rambut… Adakah ia bahaya atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah rambut yang semakin nipis sehingga boleh menyebabkan anda menjadi botak pada tengah kepala. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah anda iaitu:
- Keturunan (genetik)
- Gangguan stress dan kegelisahan
- Permakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang
- Penyakit tiroid
- Penyakit lupus (systemic lupus erythematous)
- Penyakit reumatoid
- Penggunaan minyak rambut atau semburan yang tidak sesuai
- Perwarnaan rambut yang tidak sesuai
- Pemakanan ubat-ubat tertentu.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami cadangkan anda mencuba beberapa kaedah untuk mengurangkan gejala keguguran rambut atau rambut semakin nipis yang berikut:
- Kurangkan gejala stress
- Perbetulkan makanan seperi mengurangkan makanan yang mengandungi garam tinggi atau makanan diproses
- Banyakkan makan makanan mengandungi protein
- Elakkan menggunakan produk rambut yang boleh menjadi alahan pada anda. Tukar syampu atau minyak rambut yang anda gunakan sekarang
- Elakkan rambut anda terkena cahaya matahari dengan berlebihan
- Berhenti merokok
- Berjumpa dengan doktor anda mengenai sebarang pengambilan ubat yang boleh menyebabkan keguguran rambut.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Minoxidil merupakan salah satu ubat rawatan keguguran atau penipisan rambut yang dipakai sebagai krim atau losyen pada bahagian botak tersebut. Namun, kami tidak sarankan anda untuk memakai produk ini tanpa pengetahuan doktor sekiranya anda mengalami masalah penyakit kulit yang lain pada kulit kepala anda. Walaubagaimanapun, ubat ini dikatakan selamat untuk digunakan dengan kesan sampingan yang minima. Berikut merupakan senarai kesan sampingan yang boleh berlaku sekiranya mengambil ubat ini tanpa penggunaan yang betul, iaitu:
- Penumbuhan bulu roma atau rambut pada tempat yang tidak diiingankan
- Pening kepala
- Degupan jantung laju atau sait dada
- Alahan pada ubat
- Tangan atau kaki bengkak
- Keletihan dan sesak nafas
- Kenaikan berat badan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan serta anda mengalami kemunculan perubahan pada kulit kepala. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.