
Sulit
4 tahun
Sakit mata yg mula² tahi mata byk then skit+bengkak+kemerahan+berair
Aslm dr…slps sy bangun dr tidur sy dpti mata sy ni byk tahi mata …then ptg tu tahi mata yg berwarna kuning… keesokan harinya sy sy dpti mata sy bengkak… keesokkan harinya pula slps sy bangun dr tidur sy dpti mata sy bengkak drpd smlm ditambah pula dgn berair dan kemerahan pada mata kanan…adakah ianya alergi atau penyakit lain Dr.?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara umum, gangguan mata yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata (Dacryoadenitis)
- Penyumbatan atau jangkitan saluran air mata (Dacryocystitis)
- Gangguan alergi
- Atau gangguan mata yang lain
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).