irhamnihaziqi
5 tahun
Sakit telur zakar kanan
Saya lelaki berusia 21 tahun. Sya berasa sprti nyeri dibahagian kanan telur zakar. Rasa itu sehingga rasa panas pada bahagian pinggang saya. Tetapi, ketika membuang air kecil, saya tidak berasa sakit. Dan, saya memeriksa telur saya tidak bengkak dan tidak rasa sakit sewaktu saya menyentuh telur zakar saya. Adakah ini disebabkan oleh kesan onani yang saya lakukan atau sebaliknya. Mohon pencerahan. Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak tuan, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Selain tentang kesakitan yang dialami, kami juga memerlukan maklumat tentang latar belakang kesihatan anda, serta penerangan lanjut tentang tabiat onani yang anda nyatakan.
Kami juga faham bahawa masalah ini merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.