
Sulit
3 tahun
Saya dah baligh ke Belum?
Saya remaja berusia 15 tahun dan sekarang saya ketagih melakukan onani malu nak cakap tapi ceritanya begini. Tahun lepas kawan saya ada tanya kalau saya ni dah baligh ke belum jadi sya jwb X. Lepasni die tanye kalau add bulu tumbuh di sekitar zakar. Jadi saya jawab ye, tapi saya tak pernah mimpi pelik-pelik lagi . Lepastu die suruh saya goncang zakar tersebut. So, waktu balik rumah,saya try goncang and terkeluar cecair yang jernih
Pastu saya ketagih melakukan hal tersebut. Tapi dalam masa saya ketagih tu, ade la 3/4 kali mimpi pelik . Mimpi tu saya pegang zakar saya sendiri and terbangun, bila tengok dalam spender ade bende yang melekit. Saya tak pasti itu mimpi basah yang menyatakan saya sudah baligh atau belum . (Sebab sya search dlm google mimpi basah tu mimpi kita bersetubuh dengan lain jantina) Jadi kalau mak dan ayah saya tanya dah baligh ke belum saya akan angkat bahu je
Persoalannya, saya nak tahu saya dah baligh ke belum and cara taknak ketagih buat onani . Sebab saya takut solat tak sah kalau asyik mandi wajib (kalau tetibe sehari tu tertinggal satu bahagian ke) pls help me

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan anda samada sudah baligh atau belum.
Untuk pengetahuan anda, air mani berbeza dengan air mazi. Air mazi berwarna jernih dan tidak mempunyai bau. Ia akan keluar apabila terangsang. Manakala air mani pula berwarna putih kekuningan, pekat, berbau dan melekit. Jika dirangsang sehingga klimaks, air mani boleh keluar.
Sekiranya anda mendapati cecair yang keluar adalah pekat, berbau,melekit dan putih kekuningan, ia adalah air mani dan tandanya anda perlu mandi wajib untuk beribadah. Erti kata lain, jika berlaku keadaan begitu, anda sudah baligh.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.