
Sulit
3 tahun
Saya menghidap demam selsema
Saya mengalami deman dan selsema serta batuk ringan…adakah ia tanda gejala covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, antara tanda-tanda jangkitan Covid-19 adalah :
- Demam
- Batuk
- Selesema
- Sakit tekak
- Sakit badan
- Sakit sendi & otot
- Kehilangan deria bau dan rasa
Memandangkan anda mempunyai gejala demam, selesema dan batuk ringan, ada kemungkinan untuk anda dijangkiti virus ini. Namun, gejala anda juga adalah antara gejala yang umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk menjalankan saringan Covid-19 dan mendapatkan nasihat mengenai langkah-langkah lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.