Sulit
3 tahun
Seks tanpa memasukkan zakar ke faraj
assalamualaikum dr. saya mahu bertanya, sekiranya saya melakukan hubungan intim tetapi hanya sekadar dengan menggosokkan zakar teman lelaki di kemaluan saya berulang kali untuk kepuasan seksual / nafsu saya, adakah saya berpotensi untuk mengandung. kami tidak pernah melakukan seks sebenar, kami hanya menggosokkan kemaluan kami menggunakan kemaluan pasangan sahaja. dan dia juga tidak pernah mengeluarkan air mani ketika membuat aktiviti tersebut kerana saya agak cepat dan dia pula agak lambat untuk mengeluarkan air mani
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan anda adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya kehamilan diluar nikah walaupun tidak berlaku penetrasi yang sempurna. Saya berharap agar anda agar tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.