
Sulit
4 tahun
Selepas bersama sakit dan pedih untuk buang air kecil
Selepas saya bersama saya akan rasa sakit dan pedih
seperti rasa tebakar untuk buang air kecil.terasa pedih hangat membuatkan saya tidak selesa untuk buang air kecil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Sakit selepas berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- sakit pasca trauma akibat dari
- luka kelamin akibat terlalu agresif
- kelamin wanita yang tidak cukup basah atau terlalu kering
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, kencing kotor, vaginismus , dll.)
- posisi atau cara bersetubuh yang salah atau tidak lazim
- tanda-tanda gangguan organ wanita yang memerlukan pemeriksaan lanjut
Umumnya jangkitan kuman, gangguan pada organ wanita dan luka kelaim memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari itu, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu dan perubahan teknik persetubuhan. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat menangani masalah yang boleh diselesaikan bersama…
Selain itu anda juga boleh cuba mengurangkan rasa sakit (dalam waktu yang terdekat) dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah