Sulit
3 tahun
Selsema, selalu berhingus
Saya kerap berhingus selalunya pada waktu malam dan pagi sebab sejuk. Waktu siang pon berhingus cuma sedikit. Berhingus tak teruk cuma biasa saja cuma rasa sedikit terganggu. Adakah berhingus puncanya adalah resdung? Ada tak ubat yang saya boleh beli di farmasi selain makan ubat selsema yang biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Alahan
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Polip hidung
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan gejala selsema adalah seperti:
- Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
- Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.