Sulit
3 tahun
Sering selsema ketika udara persekitaran sejuk
Salam sejahtera doc, saya sering mengalami selsema bila berada dalam keadaan sejuk.Saya akan selsema bila duduk di dalam aircond,mandi pada awal pagi dan waktu malam.Saya juga perasan saya sering rasa sejuk sedangkan mereka yang lain rasa panas.Bila selsema ini berlaku saya jadi sakit kepala.Boleh doctor olong jelaskan mengapa terjadinya perkara begini.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda sering mengalami gejala selsema apabila sejuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda adalah sesuatu perkara yang biasa dilihat. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Sinusitis
- Asma
- Alahan
- Tahap imun badan yang lemah yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dengan kerap
- Deviasi septum nasal
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh merujuk kepada pakar ENT kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.