Sulit
2 tahun
Telinga rasa tersumbat akibat selsema
Hai doktor, Sudah beberapa hari saya mengalami selsema. Saya kerap menghembus hingus untuk melancarkan pernafasan saya. Semasa saya mengeluarkan hingus, kedua dua telinga saya rasa tersumbat seperti air termasuk kedalam telinga. Apakah penyebabnya? Dan bagaimanakah cara untuk merawatnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Telinga anda disambungkan ke kerongkong anda melalui sepasang tiub yang dipanggil tiub Eustachian. Tugas mereka adalah untuk membantu mengekalkan tekanan udara pada kedua-dua belah gegendang telinga anda.
Apabila anda mengalami hidung tersumbat atau sakit tekak ataupun anda mengeluarkan hingus anda dengan kuat, tisu di kawasan itu menjadi bengkak - apabila ia membengkak, tiub Eustachian ditutup rapat. Tekanan udara mungkin terkumpul di bahagian dalam gegendang telinga anda, menghalangnya daripada bergetar.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.