Sulit
3 tahun
Selsema yang kerap selalu mengnggu mood saya dan saya merasa tidak nyaman
saya setiap pagi selsema dan setiap saat mengalami sensitive yang kerap . hidung selalu tersumbat dan terasa berhabuk padahal tiada habuk. tolong beri saya penerangan untuk masalah yang saya hadapi
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah selsema ini dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman pihak anda, masalah selsema adalah disebabkan oleh:
- Alahan
- Allergic rhinitis
Namun, gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Jangkitan daripada virus ataupun bakteria- Bakteria boleh mengakibatkan demam selsema yang lebih berpanjangan dan serius daripada virus. Namun, secara amnya demam selsema yang dialami oleh kebanyakan orang adalah berasal daripada perbuatan virus dan akan sembuh dengan sendiri dalam masa kurang daripada sepuluh hari.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.