Sulit
2 tahun
Selsema. Tidak demam. Aktif. Perlukah antibiotik?
Anak saya 4tahun selsema. Abangnya juga selsema dan batuk tetapi sudah mula beransur pulih. Anak saya 4tahun ini sudah lebih 3 hari selsema. Hingusnya kerap meleleh. Tidak demam. Aktif. Ada selera makan. Perlukah saya berikannya antibiotik?
Pada waktu bilakah saya perlu berikan dia antibiotik? Jika boleh, saya tak gemar memberikannya antibiotik. Saya rasa tak perlu lagi.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Dijangkiti Virus seperti Influenza, Rhinovirus dll
- Alahan
Seterusnya, antibiotik perlu dipreskripsi oleh doktor. Seseorang individu tidak boleh mengambil antibiotik tanpa perundingan doktor. Jika anda berbuat demikian, anda hanya menyebabkan kemudaratan lagi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.