Sulit
2 tahun
Selesema dan bersin di waktu pagi
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ada anak berumur 7 tahun, kerap kali bangun pagi ada masalah selesema/bersin. Boleh ke dia ambil ubat anti-histamin seperti cetirizine secara kerap utk kawal masalah bersin dan selesema bangun pagi? Saya sebagai bapa risau sekiranya dia terlalu kerap bergantung kepada ubat -ubatan.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan bersin dan selesema.Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda,selesema dan bersin adalah masalah normal yang berlaku kepada semua orang.Saya menyarankan anda untuk berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ubat untuk anak anda.Setiap pengambilan ubat perlu mendapat kebenaran dan panduan daripada doktor.
Untuk pengetahuan anda,penyebab utama gejala bersin dan selesema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan kajian saintifik,lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan. Anak anda mungkin juga diserang selesema dan bersin disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan.
Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anak anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.