Sulit
3 tahun
Difference between influenza and covid19
selamat tengah hari doctor. saya sekarang berumur belasan tahun dan mengalami gelaja selsema. dalam musim covid 19 sekarang ni, saya kerap bimbang jika selsema yang dihadapi ni hanya selsema biasa ataupun covid. mohon pencerahan daripada doctor bagaimana saya boleh membezakan selsema dengan covid. sebelum covid mula timbul pada 2018 ke bawah, saya rasa kehilangan deria bau dan rasa juga memang biasa bila kita selsema. tapi sekarang kebimbangan tu sangat ketara. terima kasih banyak doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebagai pengetahuan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda disarankan untuk melakukan ujian kendiri covid-19 atau berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.