Sulit
3 tahun
Resdung yang berlarutan sehingga sehari suntuk dan lebih
hi saya mengalami masa selesema dan juga bersin yang agak lama , hidung berair sehingga menyebabkan hidung dalaman saya berasa sakit , saya anggapkan ia cuma resdung biasa . ia juga kerap berlaku ketika waktu pagi mahupun terdedah habuk , saya risaukan kerana mengambil masa sehari mahupun lebih untuk pulih dari genjala tersebut . saya berasa terganggu dalam kelas , ketika berada di luar rumah . apa yang boleh saya buat jika ia berlarutan dan memudaratkan keadaan saya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan kami memahami anda mempunyai masalah selsema dan juga bersin yang kerap berlaku pada waktu pagi. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku akibat beberapa perkara seperti:
- Jangkitan daripada virus ataupun bakteria- Bakteria boleh mengakibatkan demam selsema yang lebih berpanjangan dan serius daripada virus.
- Alahan
- Allergic rhinitis
Namun gejala ini boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius seperti:
- Jangkitan coronavirus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih