Sulit
3 tahun
Resdung dan breakout yg teruk
Hai doktor, sy remain perempuan berumur 16 tahun. Sy ada breakout yg agak teruk .Ada beberapa jerawat sy seperti benjolan air juga. Sy juga ada resdung tapi da baik sikit. Adakah resdung dan jerawat mempunyai kaitan? Dan apakah produk yg bole merawat penyakit ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, resdung boleh berlaku disebabkan oleh :
- Virus
- Bakteria
- Kulat
- Alahan
- Iritasi kimia
- ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Untuk produk yang boleh merawat penyakit ini, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.